| Tuan Nazir Masjid As-Salam mengiringi Tn Hj Mohd Shariff Iskandar, Ketua Kampung Batu 14 menyampaikan sumbangan kepada peserta yang terlibat. |
Melalui program yang diadakan ini jelas terpancar riak wajah gembira daripada anak-anak yatim ini. Kesemua mereka ini adalah anak-anak yatim yang telah didaftarkan dibawah Biro Kebajikan Masjid As Salam. Kata Pengerusinya, Encik Harun Nayan mereka ini rata-ratanya adalah kematian bapa dan datang dari keluarga berpendapatan rendah. Tambahnya lagi, program ini diadakan setiap tahun bermula dari tahun 2009 lagi.
Program yang diadakan pada 29 Disember lalu telah dihadiri oleh 40 orang anak yatim yang terdiri daripada 21 buah keluarga serta 19 orang penjaga masing-masing. Bermula jam 8 pagi, peserta mendaftar diri dan diberi taklimat oleh pembantu penyelaras program, Encik Mohammad Nor Afizan Ibrahim bertujuan memastikan program berjalan lancar.
Timbalan Nazir Masjid As Salam, Haji Azmi Abd Ghani, sudi meluangkan masa beliau untuk hadir memberi kata-kata semangat kepada anak-anak yatim ini sebelum mereka bertolak ke lokasi membeli belah di Jusco IOI Puchong.
|
Sesi membeli belah bermula jam 10.45 pagi, dan satu kuanter bayaran khas disediakan untuk memastikan proses pembayaran berjalan lancar dan teratur. Berbagai karenah dan telatah berlaku apabila anak-anak yatim ini diberi peluang membeli pakaian dan peralatan mereka dengan duit berada ditangan sendiri.
Kelihatan jelas di wajah anak-anak ini perasaan gembira dan bersyukur yang tidak terhingga setelah selesainya proses pembelian peralatan sekolah mereka. Pihak Jusco juga sudi menyumbang kepada setiap mereka buah tangan sebelum berangkat pulang ke Masjid As Salam.
Pada jam 2.30 petang, mereka diraikan pula dengan majlis makan tengahari yang begitu istimewa sekali gus diadakan majlis perasmian yang dirasmikan oleh Haji Yasim Mohamed selaku Nazir Masjid As Salam. Selain itu juga, majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Haji Sharif Bin Iskandar selaku Ketua Kampung Batu 14 Puchong. Beliau turut memeriahkan lagi majlis dengan gimik penyerahan barang sekolah kepada anak-anak ini.
Disediakan
oleh:
Wan
Nur Hasyyatie Binti Wan Yusoff
Setiausaha
Program

Makkah Time



Tiada ulasan:
Catat Ulasan