Selasa, Ogos 28, 2012

Serahan Kad Jemputan Majlis Jamuan Hari Raya kepada Ketua-ketua Agama di Puchong

En Norafizan b. Ibrahim menyerahkan kad jemputan kepada Penjaga Gurdwara Sahib Puchong
 
27hb Ogos 2012, Isnin: Dalam memenuhi misi Dakwah Masjid As-Salam Puchong Perdana serta melaksanakan tugas yang telah diamanahkan, Pengarah Program Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, En. Nor Afizan b. Ibrahim telah menyerahkan kad jemputan kepada beberapa orang ketua agama di sekitar Puchong.
 

Antara lokasi serahan adalah Gereja – Church Our Lady Of Guadalupe, Kuil Sri Maha Mariamman, Gurdwara Sahib Puchong Dan Tokong Cina ‘Datuk Lok Pak Tai’.
 
Selain daripada itu kad jemputan kepada Pengetua Sek. Men. Keb. Puchong Permai dan Pengerusi Surau Al-Mawwadah turut diserahkan pada hari yang sama.


Kad Jemputan diserahkan juga kepada Penjaga Kuil Hindu Sri Maha Mariamman Puchong Industri.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories