Ahad, Mei 20, 2012

Masjid As-Salam mendapat Anugerah Masjid Terbaik Peringkat Negeri Selangor 2011

Tuan Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam diiringi oleh En Abdul Rahman Yang Chek Bendahari Masjid  menerima Anugerah daripada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Kuala Selangor, 17 Mei 2012:  Masjid As-Salam Puchong Perdana telah diumumkan sebagai Penerima Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik (Tempat Pertama) Peringkat Negeri Selangor 2011 bagi Kategori Masjid Qariah. Tempat Kedua disandang oleh Masjid As-Syariff Meru, Klang.

Bagi Kategori Masjid Daerah/ Jamek, Tempat Pertama disandang oleh Masjid As-Samadiah Pelabuhan Klang dan Tempat Kedua jatuh kepada Masjid Jamek Sultan Hishamuddin Sabak Bernam.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan Anugerah kepada pemenang-pemenang. Kira-kira 3,000 masyarakat hadir dalam majlis yang penuh gilang-gemilang sempena Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 2012 yang diadakan di Masjid Ar-Raudhah, Tanjong Karang di sini.

Turut hadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Selangor, YB Dr Yaakob Sapari, YB Dr Ahmad Yunus Hairi, YB Iskandar Abdul Samad, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Marzuki Hussin.

Bagi hadiah untuk Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik 2011 masing-masing menerima hadiah sebanyak RM5,000 dan Sijil Penghargaan. Manakala tempat kedua menerima hadiah sebanyak RM4,000 dan Sijil Penghargaan.

Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Iskandar Samad dan YB Yaakob Sapari turut serta meraikan rombongan daripada Masjid As-Salam di majlis ini.













AJK Masjid dari kiri: Harun Nayan, Abd Rahman, Tuan Nazir, Hj Azmi Ghani, Nor Afizan Ibrahim

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories