Isnin, Februari 20, 2012

Masjid As-Salam menerima Anugerah Masjid Terbaik 2011 Peringkat Daerah Petaling

Nazir Masjid As-Salam, Tn Hj Yasim Mohamed (kiri) menerima Sijil Anugerah Masjid Terbaik daripada Dato' Hj Emran Abd Kadir, Orang Besar Daerah Petaling (tengah) serta disaksikan oleh Ust Sujak b. Mohd Dasuki, Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling (Kanan)

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas
Subang, 19hb Februari 2012, Masjid As-Salam Puchong Perdana yang mencapai taraf  Masjid 5 Bintang telah sekaligus diistiharkan sebagai penerima Anugerah Masjid Terbaik Peringkat Daerah Petaling bagi tahun 2011. Tuan Haji Yasim Mohamed selaku Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menerima anugerah ini di Majlis yang diadakan di Perkarangan Masjid At-Taqwa Subang Permai Sempena Sambutan Maulidurrasul Peringkat Daerah Petaling.

Anugerah Masjid Terbaik 2012 ini telah disampaikan oleh Dato' Hj Emran b. Hj Abd Kadir, Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Daerah Petaling.

Tn Nazir dan AJK yang hadir menerima Anugerah Masjid Terbaik di Subang Permai

Senarai Penerima Anugerah Masjid Terbaik 2011 adalah seperti berikut:-

Tempat Pertama:  Masjid As-Salam Puchong Perdana
Tempat Kedua   :  Masjid Kota Damansara
Tempat Ketiga   :  Masjid At-Taqwa Subang Permai

Masjid yang telah disenarai pendek yang bertanding dalam Pemilihan Masjid Terbaik ini ialah:
  1. Masjid At-Taqwa Subang Permai 
  2. Masjid A-Huda Paya Jaras
  3. Masjid Bandar Baru Sungai Buluh
  4. Masjid Kota Damansara
  5. Masjid Al-Mukarramah
  6. Masjid Jumhuriah, Kg Medan PJ
  7. Masjid Abu Bakar As-Siddiq
  8. Masjid Al-Falah USJ 9
  9. Masjid Al-Mukminun USJ 2
  10. Masjid Al-Munawwarah, Hicom
  11. Masjid As-Salam Puchong Perdana
  12. Masjid Bandar Bukit Puchong
  13. Masjid Al-Hidayah Seksyen 18 Shah Alam
Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Sebahagian jemaah yang hadir di Pekarangan Masjid At-Taqwa Subang Permai sempena Sambutan Maulidurrasul Peringkat Daerah Petaling


Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories