Khamis, Januari 12, 2012

Laporan Program Kem Remaja Islam

Peserta sedang menyediakan khemah penginapan
 PENGENALAN PROGRAM


 Persatuan Belia Masjid Selangor ingin memberi kerjasama dalam menjayakan Kem Remaja Islam (KERIS) bagi membimbing remaja ke arah matlamat untuk menjadi peneraju bangsa pada masa hadapan.

 Remaja pada masa kini harus sedar bahawa mereka memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju negara Malaysia.

 Jatidiri dan sahsiah remaja pada masa kini kian rapuh. Mereka kini berada pada peringkat kritikal di mana penglibatan secara keseluruhan dalam aktiviti kurang sihat semakin meluas.

 Justeru itu, program ini adalah satu titik mula yang menjadi harapan dan benteng penghalang serta ketahanan dari dalam diri terhadap ancaman yang mengganggu gugat akhlak remaja.

MATLAMAT PROGRAM

 Memantapkan jatidiri dan sahsiah diri remaja untuk lebih berketerampilan sebagai seorang insan yang menampilkan suri tauladan yang baik kepada masyarakat.

OBJEKTIF PROGRAM

 Melalui program yang bakal dilaksanakan, setiap peserta akan diterapkan pemantapan sahsiah diri bagi membolehkan peserta tampil sebagai insan yang cemerlang.

• Kefahaman Islam (Pendidikan)

• Akhlak mulia (Kecintaan pada carahidup Islam)

• Silaturrahim

PENDEKATAN PROGRAM

 Pengisian program meliputi aspek budaya yang baik menampilkan nilai murni dalam jatidiri serta sahsiah.

 Memberi pendedahan terhadap perkembangan semasa masyarakat madani yang kian meruncing serta menunjukkan jalan penyelesaian.

 Menanamkan prinsip bagi mempertahankan jatidiri beragama yang cemerlang.


Sessi suaikenal dan majlis silaturrahim
 Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program:


AKTIVITI 1 : PENGENALAN PBMS & SESI-SILATURRAHIM
TARIKH : 16/12/2011 (JUMAAT)
MASA : 9.00 MALAM – 11.30 MALAM

Setelah selesai solat Isyak berjemaah, para peserta diminta hadir ke dewan ceramah untuk sesi pengenalan kepada PBMS (Persatuan Belia Masjid Selangor) serta sesi silaturrahim.

Pada permulaan akitiviti, para peserta telah beri taklimat mengenai matlamat dan objektif program serta penerangan ringkas mengenai perjalanan program. Setalah itu, para peserta diperkenalkan dengan PBMS (Persatuan Belia Masjid Selangor) sebagai peneraju program. Video mengenai realiti keadaan semasa telah ditontonkan dan penerangan mengenai isi kandungan video serta keterkaitannya dengan matlamat PBMS telah pun disampaikan kepada peserta


Sessi  ice-breaking
 AKTIVITI 2 : ICE BREAKING

TARIKH : 17/12/2011 (SABTU)
MASA : 7.00 PAGI – 8.30 PAGI

Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama peserta serta hubungan di antara fasilitator dengan peserta. Sesi berkenalan telah dijalankan di mana setiap peserta dikehendaki untuk memperkenalkan diri masing-masing kepada semua peserta yang hadir. Pembahagian peserta mengikut kumpulan, tagline dan sorakan kumpulan juga dijalankan dalam aktiviti ini. Sebayak 10 kumpulan telah pun dibentuk iaitu 4 kumpulan untuk peserta lelaki dan 6 kumpulan untuk peserta perempuan. Setiap kumpulan juga telah diberi 3 biji telur yang perlu mereka jaga semasa program berlangsung.




Sessi  ice-breaking

Sessi Explorace
Sessi explorace
 AKTIVITI 3 : EXPLORACE

TARIKH : 17/12/2011 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

Aktiviti ini diadakan di dalam dan disekitar kawasan Masjid Assalam. Dengan mengambil pendekatan siri Explorace, setiap kumpulan akan diberi halangan serta tugasan yang perlu diselesaikan di setiap check point. Sebanyak 10 check point perlu dilalui oleh pesertadalam usaha untuk menyelesaikan aktiviti ini. Halangan dan tugasan yang diberikan adalah sangat mencabar peserta dari semua segi iaitu fizikal, mental, rohani, emosi dan sosial para peserta



Latihan dalam kumpulan
 AKTIVITI 4(1): LATIHAN DALAM KUMPULAN 1

(Kenal Diri & Tekad Cemerlang Ku)
TARIKH : 17/12/2011 (SABTU)
MASA : 2.00 PETANG – 4.00 PETANG

Aktiviti ini telah dijalankan di dalam kumpulan dan dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri dari ahli-ahli PBMS sendiri.

Dalam akitiviti ini, para peserta telah diminta untuk menyenaraikan sifat positif dan sifat negatif dalam diri masing-masing dan kemudian membentangkannya. Semasa pembentangan, mereka telah diminta untuk mengaitkan kesan sifat-sifat tersebut dalam kehidupan mereka. Di akhir pembentangan, fasilitator telah memberi ulasan dan memberi contoh-contoh sifat positif mengikut mahunya Allah.

Dalam tempoh 30 minit sebelum berakhirnya aktiviti, para peserta dalam kumpulan dikehendaki membincang, merangka, dan menterjemahkan hasil yang telah dibincangkan ke dalam bentuk persembahan sama ada berbentuk nasyid atau lakonan. Tema persebahan adalah “Sifat-sifat terpuji”.



Latihan dalam kumpulan
 AKTIVITI 4(2) : LATIHAN DALAM KUMPULAN 2

(Nikmat Yang Jarang Disyukuri)
TARIKH : 17/12/2011 (SABTU)
MASA : 5.00 PETANG – 6.00 PETANG

Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai ahli yang matanya ditutup, ahli yang kakinya diikat dan ahli yang tangannya diikat. Mereka diminta untuk membuat tugasan dengan bantuan sahabat sebagai pemberi arahan. Tugasannya adalah mengambil beberapa keping kad yang terkandung didalamnya ayat-ayat terjemahan surah Al-Fatihah. Setelah kad dikumpul, mereka perlu bekerjasama untuk menyusunnya megikut turutan.

Fasilitator setelah itu bertindak untuk menerangkan matlamat aktiviti iaitu memupuk sifat-sifat bersyukur atas anugerah sempurna yang diberi dan menyedarkan peserta akan banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita yang jarang kita syukuri.



Sessi Master chef

AKTIVITI 7 : MAJLIS PENUTUP

TARIKH : 17/4/2011 (AHAD)
MASA : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHAR

Setiap wakil kumpulan diminta untuk memberi komen, kesan dan tanggapan dalam aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program. Alhamdulillah, kesemua peserta memberikan maklum balas yang positif.

Atas segala aktiviti yang telah dijalankan, setiap kumpulan telah diberikan hadiah yang merupakan hamper. Kesemua peserta juga diberikan sijil penyertaan.

Sejurus selepas itu, majlis pelancaran dan penutup ‘Program Kem Remaja Islam’ dijalankan dengan didahului dan diakhiri oleh kata-kata aluan oleh Pengerusi Persatuan Belia Masjid Selangor.

Majlis diakhiri dengan aktiviti bersalaman di antara peserta dengan fasilitator dan sesama peserta serta sesi bergambar.




Sessi khidmat masyarakat / Gotong-royong membersih tandas
Laporan oleh:
Jasman
Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS)

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories