Selasa, November 08, 2011

Ceramah Pengurusan Jenazah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana


Ustaz Haji Mohd Atiq dan En. Ery sedang menyampaikan ceramah
  Ceramah Pengurusan Jenazah di SMKPP telah disampaikan oleh Ustaz Hj Mohd Atiq (Imam Masjid As-Salam Puchong Perdana) dan En Ery Sudirman Basri ( Pegawai Khas Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana) pada 31hb Oktober di Surau SMKPP.

Antara pelajar-pelajar yang mengikuti ceramah pengurusan Jenazah di Surau SMKPP
 Ceramah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Atiq dan diteruskan dengan Pengenalan cara-cara menguruskan Jenazah oleh En Ery. Tujuan diadakan ceramah tersebut adalah untuk memenuhi jemputan dari SMKPP untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 cara-cara menguruskan Jenazah jika berlaku kematian.


Antara tajuk yang didedahkan adalah seperti berikut :-

1. Pengenalan kepada tanda-tanda menjelang hari kematian
2. Pengenalan kepada cara-cara menguruskan Jenazah dari saat kematian kepada memandikan jenazah, menyembahyangkan Jenazah dan adab-adab menguruskan Jenazah.
3. Khafiat membaca surah Al-Mulk dan surah Yassin

Pengenalan secara teori dan praktikal disampaikan dengan jayanya dengan mengunakan system multimedia seperti penggunaan power point dan tayangan Video.


Tayangan Video selama 35 minit berkisar kepada perkara-perkara yang perlu dilakukan sewaktu dalam keadaan nazak, memandikan jenazah, mengapankan jenazah, solat jenazah sehinggalah perkara-perkara yang dilakukan sewaktu menguburkan jenazah didedahkan dalam tayangan video tersebut bagi memberi pendedahan kepada pelajar untuk mempersiapkan diri jika berlakunya kematian.


Pelajar-pelajar sedang memberi tumpuan kepada penceramah

En Ery dan Ustaz Atiq bergabung tenaga untuk memberikan persembahan terbaik bagi menarik minat pelajar mendengar ceramah tersebut.


Demonstrasi cara-cara mengikat jenazah setelah jenazah menghembuskan nafas terakhir. Demonstrasi tersebut berkisar kepada membersihkan jenazah sebelum dimandikan, mengurut sendi-sendi utama jenazah sehinggalah kepada mengikat bahagian-bahagian sendi utama sebelum Jenazah mula mengeras.

Ustaz Atiq sedang menunjukan kepada para peserta cara mengangkat jenazah untuk dimandikan.

En Ery sedang menunjukkan cara-cara mengangkat Jenazah dan menekan perut jenazah untuk memastikan yang najis dibersihkan. Dalam demonstrasi tersebut pelajar-pelajar didedahkan dengan cara beristinjak , memandikan jenazah dan mengwudukan jenazah.

Ustaz Atiq dan En Ery sedang memberi penerangan cara-cara mengkafankan jenazah

Ustaz Atiq sedang memberi penerangan bagaimana melakukan solat Jenazah dengan bantuan Video.

Ustaz Atiq sedang memberikan penerangan kepada pelajar kedudukan jenazah sewaktu berada diliang lahat sambil diperhatikan oleh Ustaz Shahidon Guru Agama SMKPP.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories