Khamis, Ogos 25, 2011

Majlis Penyampaian sumbangan dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim berjalan dengan penuh meriah

En Ahmad Tarmizi Hairiri               Tn Hj Yasim Mohamed

 Majlis Penyampaian sumbangan dan berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim dan asnaf zakat kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana telah diadakan di Perkarangan Masjid As-Salam Puchong Perdana pada hari Sabtu 13hb Ogos 2011 bersamaan 13 Ramadhan 1432 Hijrah.

Program yang ditaja sepenuhnya oleh Jasmine Food Corporation Sdn Bhd telah melibatkan seramai 180 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak yatim dan anak-anak asnaf zakat disekitar Puchong.
Encik Ahmad Tarmezi Hairiri Pengerusi Jasmine Food Corporation telah merasmikan program tersebut.

Turut hadir dalam Majlis Penyampaian sumbangan ini ialah Encik Kamarul Arifin Ahmad Pengarah Urusan Jasmine Food Corp Sdn Bhd, Haji Azbir Abu Bakar Chief Financal Officer Jasmine, Encik Abdul Aziz Musliman Pengurus Kanan Operasi Jasmine Food Corporation, Encik Azhar Abdullah Senior General Manager BERNAS (SABAH), Encik Wan Razib Wan Musa – Senior General Manager Bernas, Haji Zurkarnain Mohd Yusof  Pengarah Jasmine Food Corporation.

Dalam ucapan alu-aluannya, Tuan Nazir Masjid As-Salam Hj Yasim Mohamed telah menyatakan ucapan ribuan terima kasih kepada Syarikat Jasmine Food Corporation yang telah sudi menaja dan menyampaikan sumbangan kepada peserta-peserta.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Hj Mohd Atiq Imam Masjid As-Salam. Majlis tersebut berakhir dengan solat Tarawikh berjamaah di Masjid As-Salam Puchong Perdana.


Pengerusi Jasmine Food Corporation bersama-sama dengan Tuan Nazir Masjid As-Salam telah menyampaikan sumbangan kepada peserta-peserta


Anak-anak kumpulan Qasidah dari Kelang sedang mengalunkan Qasidah


Kumpulan Nasyid - Evois sedang membuat persembahan selepas Majlis dirasmikan.


Setiausaha Masjid As-Salam bersama-sama dengan Senior General Manager Bernas dan Pengurus Kanan Operasi Jasmine Food Corporation Encik Abdul Aziz Musliman


Encik Kamarul Arifin Ahmad Pengarah Urusan Jasmine Food Corporation dan Encik Azhar Abdullah Senior General Manager Bernas (Sabah) sedang menyampaikan sumbangan.

Anak-anak Yatim dan Asnaf Zakat dilayan mesra sebelum berbuka Puasa.



En Kamarul Arifin Ahmad Pengarah Urusan Jasmine sedang beramah mesra dengan anak-anak yatim dan anak-anak asnaf zakat.





Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories