Ahad, Julai 03, 2011

Program Bicara As-Salam Siri 3 berlangsung dengan penuh meriah


Puchong 18 Jun;

Program Bicara As-Salam Siri 3 telah berjaya diadakan di Pekarangan Perumahan Puchong Utama Court
2. Dengan tajuk yang sangat relevan dengan masyarakat setempat iaitu "Kepincangan dalam Masyarakat ;
Salah Siapa? ", Program Bicara As-Salam Siri 3 ini mendatangkan ahli panel yang hebat iaitu Ust Wan Sohor
Bani Leman (Personality TV) dan Dr Abd Razak Wan Ahamd daripada Jabatan Pengajian Islam dan Sains
Kemanusiaan, University Islam Antara Bangsa Gombak.



Ahli panel jemputan, Nazir Masjid As-Salam dan AJK program sama-sama bergerak ke pentas utama
program selepas selesai jamuan makan malam. Menunggu di sana dengan penuh sabar dan teruja, adalah
penduduk Puchong Utama Court 2 dan penduduk lain dari sekitar perumahan Taman Puchong Utama dan
Taman Tasik Prima.




Pengerusi majlis memulakan ucapan pembukaan setelah ahli panel jemputan dan moderator program
mengambil tempat di pentas utama. Pengerusi majlis, seterusnya memperkenalkan ahli panel jemputan dan
moderator program kepada penduduk yang hadir dan penduduk yang dapat mendengar dari rumah
berdekatan.



Majlis seterusnya diserahkan kepada Nazir Masjid As-Salam selaku moderator program pada malam
tersebut, memulakan Program Bicara As-Salam dengan ucapan aspirasi yang sarat dengan mesej
bersemangat dan menjelaskan objektif utama Masjid As-Salam mengadakan program seperti ini diluar dari
kebiasaan.
 
Program Bicara As-Salam pada malam tersebut telah berjalan dengan lancar dan dihidupkan dengan lontaran
soalan-soalan bernas diberikan oleh moderator program. Ahli-ahli panel jemputan juga telah berjaya
mengolah dan mengutarakan hujah-hujah kesedaran kepada hadirin perihal persoalan pokok kekeluargaan.
Rujukan kepada petikan hadis, petikan ayat-ayat Al-Quran serta penulisan oleh tokoh-tokoh ilmuan lain
mengukuhkan lagi hujah masing-masing.


Program berakhir sekitar jam 11:35 malam dengan majlis serahan cenderahati kepada ahli panel jemputan
dan moderator program oleh Pengerusi Surau Al-Muttaqin.


Laporan oleh:
En Saharudin Ramli
Pengerusi
Surau Al-Muttaqin Court 2
Puchong Utama

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories