Ahad, Julai 10, 2011

Laporan Karnival Festival Nasyid Peringkat Daerah Petaling

Dato' Hj Emran Kadir dan Ustaz Sujak (Tuan Kadi Daerah Petaling) semasa majlis perasmian

Puchong, 25hb Jun 2011;
Karnival Festival Nasyid anjuran bersama Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama Masjid As-Salam Puchong Perdana telah berlangsung dengan jayanya.
Majlis telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Emran Haji Kadir ( Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling) Orang Besar Daerah Petaling manakala Encik Sapiyan Mat Din selaku Timbalan Nazir memberi ucapan Selamat Datang dan seterusnya menjemput yang berbahagia Dato’ Haji Emran Haji Kadir merasmikan Majlis dan disambut oleh paluan kompang dari anak-anak Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Haji Mohd Atiq, Imam Masjid As-Salam Puchong Perdana dan seterusnya persembahan Nasyid dari Kumpulan anak-anak Yatim Baitul Hidayah Puchong sebagai acara pembukaan.

Sebanyak 6 Kumpulan Nasyid telah mengambil bahagian dalam Festival kali ini. Tiap- tiap satu kumpulan Nasyid diwajibkan mempersembahkan 2 buah lagu Nasyid meliputi dua pusingan di mana pusingan pertama setiap kumpulan mempersembahkan sebuah lagu dan pusingan kedua dengan sebuah lagi lagu Nasyid.




Seramai 4 orang Juri khas yang dijemput oleh PAID ( Pejabat Agama Islam Daerah) Petaling untuk menjadi juri pada Karnival Festival Nasyid kali ini.

4 orang Juri professional tersebut adalah :

1. Ustaz Haji Mohd Yusof Bin Haji Nasirudin ( Peserta Imam Muda ASTRO Musim pertama 2010)

2. Encik Muhammad Yusof Bin Mohd Tawil ( Kumpulan Nasyid DeVotees)

3. Encik Ahmad Shauqi Bin Kashim ( Kumpulan Nasyid DeVotess)

4. Encik Abdul Halim Bin Ahmad ( Kumpulan Nasyid DeVotees)



Berikut adalah 6 kumpulan Nasyid yang bertanding:-

1. Kumpulan Nasyid Soutul Falah daripada Sekolah Kebangsaan Puchong Utama Tiga di bawah pimpinan Cikgu Abdul Halim.

2. Kumpulan Nasyid Al-Mawaddah Kumpulan Nasyid Orang asli Bukit Bandaraya.

3. Kumpulan Nasyid An-Nur dari Puchong Intan di bawah pimpinan Ustaz Sharizal.

4. Kumpulan Nasyid Generasi As-Sakinah dari Sekolah Kafa Integrasi Sksyen 27 Shah Alam di bawah pimpinan Ustaz Azman Ahmad

5. Kumpulan Nasyid Soutul Ar-Rayyan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di bawah pimpinan Cikgu Anuar.

6. Kumpulan Nasyid Al-Ehsan dari Surau El-Ehsan Puchong Permai dibawah pimpinan Ustaz Azmi.


Selepas tamatnya pusingan pertama Majlis berhenti rehat dan Kumpulan Nasyid DeVotees membuat persembahan dan mendendangkan 2 buah lagu dari album pertama mereka. Dalam pada itu Pengacara Majlis sempat berbual mesra dan meminta ahli kumpulan Nasyid memperkenalkan diri mereka sesudah mereka membuat persembahan.


Karnival Festival Nasyid tamat pada jam 3.00 petang yang mana Juara Kumpulan Nasyid Generasi As-Sakinah membawa pulang Piala Pusingan, Hamper dan hadiah wang tunai RM1000.00.

Naib Johan Kumpulan Nasyid Soutul Falah dari Sekolah Kebangsaan Puchong Utama Tiga membawa pulang Hamper dan wang tunai RM500.00 manakala Kumpulan Nasyid Al-Ehsan dari Surau Ehsan Puchong Permai membawa pulang Hamper dan wang tunai RM300.00.




Juara Karnival Festival Nasyid 2011: Kumpulan Generasi As-Sakinah daripada Sekolah KAFA Integrasi Seksyen 27 Shah Alam





En Abd Rahman Yang Chek, Bendahari Masjid As-Salam Puchong Perdana menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories