Ahad, Mei 22, 2011

Mesyuarat Agong Surau Al-Mawaddah berjalan dengan penuh meriah



Pada 15hb Mei 2011 (Ahad) Surau Al Mawaddah Pangsapuri Orkid Taman Puchong Prima telah

mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2011.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Nazir Masjid As Salam Tn Hj Yasim Mohamed selepas

solat Maghrib yang dihadiri semua AJK surau dan ahli kariah hampir 160 jemaah setempat.

Dalam Ucapan aluan oleh Pengerusi Surau Tn Hj Abdul Razak bin Ahmad memaklumkan

bahawa Surau Al Mawaddah adalah surau lama yang diberi nafas baru dalam surau-surau di

bawah kariah Masjid As Salam.

























Surau Al Mawaddah yang dibina semula tidak semudah yang dirancangkan kerana pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditempuh, ibarat titisan air mata dan darah. Pihak surau terpaksa menunggu lebih dari setahun (Mac 2009 ~ Julai 2011) untuk mendapatkan kelulusan. Pengerusi surau berkali-kali memanjat tangga pejabat MPSJ dan JAIS semata-mata untuk mendapatkan kelulusan sehingga ke satu tahap dimana penderma surau kecewa kerana pihak surau menyimpan wang wakaf pembinaan surau terlalu lama .























Namun selepas mendapat kelulusan pembinaan ada 2 cabaran yang terpaksa dihadapi, antaranya:-















• Semasa surau dirobohkan sumber kewangan yang terkumpul hasil sumbangan penderma hanya berjumlah lebih kurang RM40 ribu sedangkan kos pembinaan keseluruhan berjumlah RM200 ribu. Namun dengan usaha dan yakin dengan pertolongan Allah maka sumber kewangan mencukupi akhirnya.















• Terdapat bantahan daripada sebahagian penduduk dimana mereka mahu dana yang terkumpul sebanyak RM40 ribu digunakan untuk naik taraf surau seperti menambah bahagian belakang dan memasang penghawa dingin. Jika hendak membuat penambahan maka surau jadi seperti reban ayam. Untuk makluman, surau yang dibina oleh pemaju hanya mampu untuk menampung jemaah sebanyak 40 orang sahaja.














Maka pengerusi dan seluruh AJK serta jemaah bersetuju untuk meroboh dan membina semula jauh lebih cantik dan banyak pengisian majlis ilmu dan pengimarahan.














Surau lama mula dirobohkan pada awal Julai 2010 dan siap pembinaannya pada awal Febuari 2011.







































Surau Al Mawaddah berwajah baru mula digunakan sepenuhnya untuk solat berjemaah bermula 14hb Febuari 2011.











Visi yang disarankan adalah memastikan setiap saf dipenuhi dengan jemaah sehinga saf terakhir.










Bagi merealisasikan visi pasti ada misi(kaedah) yang jelas iaitu:-












• Mencontohi apa yang dilaksanakan oleh pihak Masjid As Salam dan diubah mengikut acuan surau. Justeru pengerusi telah menubuhkan 8 biro bagi memantapkan program pengimarahan surau dan perlaksanaan aktiviti.










• Mewujudkan laman web Surau Al Mawaddah yang ada hubungan dengan Masjid As Salam










• Menambah speaker (pembesar suara) bagi memantapkan suara laungan azan yang boleh didengari disetiap rumah































Pengerusi Surau menyeru semua jemaah agar mengingati perjuangan Rasulullah dan para sahabat .












• Sebagai contoh, iktibar daripada kisah Jaafar Ibn Abu Talib RA yang digelar at-Tayyar dimana beliau adalah ketua perang yang memegang bendera atau panji islam. Dalam peperangan tersebut kedua belah tangannya telah ditetak sehingga putus. Namun kekuatan roh dan semangat yang ada pada beliau, tidak mematahkan usaha beliau untuk terus menegakkan panji islam walaupun terpaksa menggunakan kaki sehinggalah beliau gugur syahid .











Berita syahidnya Jaafar RA dalam mempertahankan panji islam telah sampai kepada pengetahuan Rasulullah SAW. Lalu baginda menyebutkan bahawa kedua-dua tangan Jaafar RA telah digantikan dengan dua sayap dan dia sedang terbang di syurga dengan penuh nikmat.










Pengajaran dan iktibar dari kisah ini adalah tentang kekuatan roh dan semangat yang dimiliki oleh Jaafar RA. Tanpa mengenal erti kesakitan, walaupun kedua belah tangannya telah terputus dan terperciknya darah merah, dalam saat getir itu, beliau masih mampu mempertahankan panji islam yang dibawa. Kekuatan roh inilah yang menyebabkan seseorang itu kuat dan dapat mengalahkan musuh khususnya iblis dan syaitan .











Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma terutama individu yang menyumbang lebih dari RM120 ribu. Cuba kita fikirkan tahap kita berbanding mereka untuk kita lebih bersemangat. Beliau juga menyarankan agar semua umat islam bersatu padu menjaga agama Allah.































Dalam majlis tersebut Tn Hj Yasim Mohamed (Nazir Masjid As Salam) menyatakan bahawa Mesyuarat Agung tahunan surau adalah terkandung dalam Enekmen Pentadbiran Masjid dan surau Negeri Selangor dimana setiap surau hendaklah mengadakan mesyuarat agong tahunan pada April ~ Mei dan Mesyuarat Agung Tahunan bagi Masjid ialah pada bulan Julai ~ Ogos.










Arahan dikeluarkan sejak tahun 2009 bagi memastikan ketelusan pentadbiran surau / masjid terutama kedudukan kewangan dan perlantikan AJK. Pernah berlaku AJK yang dilantik tidak pernah hadir ke surau/masjid.

































Terdapat 17 buah surau dibawah kariah masjid As Salam. Pihak masjid telah menetapkan tarikh mesyuarat agung tahunan dan wakil masjid yang perlu hadir sebagai pemerhati bagi memantau perjalanan mesyuarat berjalan dengan sempurna.










Tuan Nazir mengucapakan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Pengerusi dan AJK Surau Al Mawaddah kerana menyediakan surau termoden di kawasan Puchong dan mohon agar program pengimarahan dilaksanakan dengan baik. Justeru semua jemaah sangat beruntung kerana menerima cabaran yang sangat hebat semasa pembinaan surau.































Beliau jug menceritakan pengalaman beliau ketika menuntut di Amerika Syarikat. Ketika menjadi Presiden di Islamic Center beliau menyewa sebuah kedai untuk dijadikan tempat solat( masjid).










Pada masa tersebut banyak gereja kosong , maka masyarakat Islam bercadang membeli bangunan gereja untuk dijadikan surau malangnya ditentang oleh pihak kristian.











Namun dengan usaha seorang hamba Allah, beliau mendahulukan wang sendiri untuk membeli sebidang tanah untuk dijadikan masjid.










Sekarang bangunan tersebut diberi nama Al Huda Islamic Center Athen Georgia USA. Beliau melahirkan perasaan yang sangat gembira dan seronok serta bersyukur dapat menyediakan tempat solat berbanding mereka yang masuk ke surau tanpa melakukan pengorbanan.































Beliau menyeru kepada semua umat islam supaya mengambil iktibar pengorbanan seorang hamba Allah mendapatkan wang untuk agama Allah. Rahmat dan perasaan tersebut amat sukar diperolehi.










Beliau juga menyeru semua jemaah membantu merealisasikan visi surau iaitu memenuhkan saf pada setiap waktu khususnya maghrib, isyak dan subuh serta mengikuti pelbagai program yang disusun oleh pihak surau











Pada akhir Mesyuarat agung pihak surau menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj Yasim Mohamed (Nazir Masjid As Salam) dan Ustaz Atiq kerana sudi hadir merasmikan mesyuarat agung tahunan.











Mesyuarat Agung tahunan berakhir pada jam 9.45malam . Semua tetamu khas dan para jemaah di sajikan dengan jamuan makan selepas solat isyak.











Laporan oleh;































Safar bin Kassim






Setiausaha






Surau Al-Mawaddah Pangsapuri Orkid






Puchong Prima

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories