Jumaat, Disember 24, 2010

"SEKOLAH CEMERLANG PSRA-SRA BATU 13, PUCHONG CEMERLANG LIMA TAHUN BERTURUT-TURUT"

Sekolah Rendah Agama Batu 13, Puchong mencatat sejarah lagi apabila diisytiharkan sebagai sekolah cemerlang peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) bagi lima tahun berturut-turut dengan mencatat peratus pelajar lulus sebanyak 92.6% dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.76.

Demikian diumumkan oleh Sahibus Saadah Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor, Dato' Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi di Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) bagi Tahun 2010 pada 11 November, 2010 di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor), Shah Alam.

Puan Hazsmy Zsa binti Hamzah, Guru Besar sekolah berkenaan ketika ditemui berkata kerjasama dan komitmen yang tinggi pelbagai pihak termasuk guru, murid, ibubapa dan PIBG menjadi azimat kepada kejayaan sekolah berkenaan.

Keprihatinan PIBG dan ibubapa dalam mengambil berat perkembangan pembelajaran murid-murid juga menyumbang kepada kejayaan sekolah berkenaan. Kelas tambahan dan latih tubi diadakan sejak murid di tahun satu. Di samping sentiasa memohon doa dan keberkatan dunia dan akhirat.

Sementara itu, Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Chinchin, Gombak menerima anugerah Sekolah Cemerlang dalam kategori SRAI dengan mencatat 98.8% pelajar lulus dengan pencapaian GPS 1.72. Kategori KAFAI dianugerahkan kepada KAFAI AU4, Taman Seri Keramat Tengah dengan pencapaian 95.9% dengan GPS 1.77 dan Kategori SWASTA diberikan kepada Madrasah Ummah Damai, Hulu Langat dengan pencapaian 100% lulus dengan GPS 1.49.
Sijil-sijil disampaikan oleh Sahibus Saadah, Dato' Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor.

Turut hadir di majlis tersebut Tuan Haji Ali bin Mohammed, Timbalan Pengarah, JAIS, Encik Zul Azli bin Ismail, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan `Tuan Haji Mohd Amir bin Haji Danuri, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam, JAIS.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories