Rabu, Jun 16, 2010

Laporan Program Smart Solat Musim Cuti Sekolah

Tepat jam 8.00 pagi para peserta Bengkel Smart Solat Musim Cuti Sekolah telah mula berkumpul diruang legar Masjid As-Salam Puchong Perdana untuk proses pendaftaran. Bengkel smart Solat tersebut dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah Daerah Petaling untuk para pelajar yang berusia diantara 7 hingga 24 tahun.

Bengkel tersebut diadakan dua hari satu malam bermula pada 8hb Jun 2010 dan berakhir pada hari esoknya 9hb Jun 2010. Seramai 94 peserta 42 lelaki dan 42 perempuan telah hadir dan berdaftar untuk bengkel tersebut.

Bengkel Smart Solat Cuti Sekolah, di anjurkan untuk memberi pendedahan bagi meningkatkan kefahaman mengenai perlaksanaan solat secara teori dan praktikal dan kelebihanya di dalam membina syakhsiah diri yang sentiasa dijanjikan untuk beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.



Objektif Kursus adalah untuk memberi pemahaman mengenai kepetingan, hikmah dan kelebihan solat dalam kehidupan, membimbing kaedah perlaksanaan dan bacaan yang betul dalam solat, membina hubungan silaturahim secara berjamaah dan bersama mengimarahkan aktiviti masjid.

Seramai 7 orang fasilitator iaitu 3 dari Masjid As-Salam yang diketuai oleh Encik Ery Sudirman Basri , Ustaz Idris Imam 1 Masjid As-Salam dan Ustaz Firdaus Imam 2 Masjid As-Salam yang baru sahaja menyertai armada pegawai Masjid As-Salam Puchong Perdana. Manakal 4 yang lain iaitu 2 dari Sekolah Kafa Puchong iaitu Ustazah Hawa dan Ustazah Fauzalifah manakala 2 lagi dari PEPIAS ( Persatuan Pelajar-pelajar Islam IPTA) dan Ustazah Faridah dari bahagian Pengurusan Dakwah Daerah Petaling.

94 peserta bengkel telah di pecahkan mengikut umur dan jantina untuk memastikan keberkesanan penyampaian mencapai sasaran.

Majlis penutup dilakukan oleh Ustazah Sabariah Saleh Penolong Ketua Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor dengan penyampaian sijil penyertaan dan cenderahati kepada 7 orang fasilitator dan penyampaian Sijil Penyertaan kepada para peserta.

Suasana hiba menyelubungi suasana penutup dan ramai diantara pelajar perempuan dan ibu-bapa sedih tanda bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Masjid dan Jabatan Agama Islam Selangor kerana menganjurkan bengkel tersebut dengan jayanya.

Suasana hiba tersebut disulami dengan selawat dari Ustaz Idris yang mengalunkannya beramai-ramai bersama ibu-bapa dan para peserta yang hadir pada sessi penutup bengkel tersebut.



Laporan disediakan oleh
Ery Sudirman Basri
Biro Pendidikan Dan Pembangunan Insan
Masjid As-Salam Puchong Perdana

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories