Rabu, Mac 10, 2010

Masjid As-Salam dianugerah Masjid Kedua Terbaik Negeri Selangor Tahun 2009

Masjid As-Salam Puchong Perdana telah mendapat Anugerah Pengurusan Masjid Kedua Terbaik di Negeri Selangor bagi Tahun 2009.

Penganugerahan ini telah disempurnakan oleh Yang Dihormatkan Dato' Seri Indah Diraja Dato' Hj Abu Bakar bin Hj Abd Hamid Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Petaling (Orang Besar Daerah Petaling) di suatu Majlis Perjumpaan Nazir-Nazir Masjid yang diadakan pada 7 Mac yang lalu di Dewan Annex Bangunan SUK Shah Alam.

Anugerah Masjid Terbaik Peringkat Negeri Selangor ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu A ( 1 hingga 10 tahun ) dan B ( atas 10 tahun ). Tempat pertama Kategori A telah dimenangi oleh Masjid At-Taqwa, Kota Damansara dan Tempat Kedua telah dimenangi oleh Masjid As-Salam Puchong Perdana. Anugerah tersebut adalah berdasarkan kepada penilaian mengikut system KPI yang telah digunapakai oleh pihak JAIS.

Antara kriteria yang diambil kira dalam Penganugerahan Pengurusan Masjid Terbaik Negeri Selangor Tahun 2009 ini ialah:

1. Menyedia dan mempamerkan carta organisasi pegawai dan jawatankuasa masjid yang lengkap.

2. Mengadakan mesyuarat pegawai, jawatankuasa masjid dan biro-biro secara berkala.

3. Menyediakan penyata kewangan yang lengkap

4. Pengurusan sistem fail yang cekap dan kemas.

5. Menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap.

6. Mengadakan kelas/sistem pengajian yang teratur, lengkap dan meliputi segenap aspek.

7. Bekerjasama dengan anak-kariah dan pelbagai pihak dalam menganjurkan kerja-kerja amal.

8. Pembentukan syahsiah anak kariah
Sekalung Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Semua Pegawai dan Jawatankusa Masjid yang telah memungkinkan Anugerah ini diperolehi.

Semoga dengan Penganugerahan ini akan memberi suntikan semangat kepada semua untuk terus bekerja mengimarahkan masjid kita ini.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories