Masjid As-Salam Puchong Perdana merupakan salah satu mercu tanda utama di Kawasan Puchong. Dikenali juga sebagai "Masjid Terapung", ianya terletak di Jalan Persiaran Puchong Perdana yang merupakan jalan masuk utama ke Taman Puchong Perdana dan lain-lain Taman Perumahan berhampiran seperti Taman Puchong Indah, Taman Puchong Intan, Taman Puchong Permai dan Taman Puchong Prima dari Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
Kelihatan Masjid As-Salam seolah-olah terletak di atas permukaan tasik
Kedudukan masjid ini dari persimpangan masuk LDP ke Taman Puchong Perdana hanya lebih kurang 300 meter sahaja. Pembinaan Masjid As-Salam Puchong Perdana bermula pada 20 March 2004 dan mula siap digunakan pada 5 Januari 2006.
(No. Pendaftaran: (Jais.sel/PAID(PJ03/001/24) / JAIS.Sel/BPM/01/023/70)
Majlis Pembukaan masjid telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Pejabat Agama Islam Negeri dan Daerah Petaling serta pemimpin masyarakat di sekitar Puchong. Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan merasmikan Masjid As-Salam ini pada 8/12/2006.
(No. Pendaftaran: (Jais.sel/PAID(PJ03/001/24) / JAIS.Sel/BPM/01/023/70)
Majlis Pembukaan masjid telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Pejabat Agama Islam Negeri dan Daerah Petaling serta pemimpin masyarakat di sekitar Puchong. Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan merasmikan Masjid As-Salam ini pada 8/12/2006.
Rekabentuk senibina Masjid As-Salam Puchong Perdana adalah amat menarik dan menjadi mercutanda kepada taman-taman perumahan dan kawasan sekitar.
Pembinaan masjid ini di atas tasik, menjadikan ia satu-satunya masjid terapung di Negeri Selangor pada masa ini. Bangunan masjid ini mempunyai 2 1/2 tingkat di mana 1 1/2 tingkat merupakan ruang solat. Ruang solat masjid boleh menampung lebih kurang 5000 orang jemaah.
Manakala, tingkat bawah mempunyai beberapa kemudahan seperti berikut:
Manakala, tingkat bawah mempunyai beberapa kemudahan seperti berikut:
- Pejabat Nazir
- Pejabat Pendaftar Nikah
- Pejabat Pengurusan
- Bilik Musafir
- Bilik Kaunseling
- Bilik Mesyuarat
- Bilik Kuliah
- Bilik Pusat Sumber
- Dewan Serbaguna
- Bilik Pengurusan Jenazah
- Ruang solat tambahan
- Dapor
- Stor
- Bilik Mandi
- Tandas
![]() |
![]() |
![]() |
| Bahagian hadapan Masjid |
| Pemandangan hadapan (Bahagian kiri) |
![]() |
| Bilik kuliah |
![]() |
| Bilik Mesyuarat |
| Dewan Serbaguna |
| Dewan Saidina Abu Bakar (Dewan Serbaguna) |
![]() |
| Dewan Serbaguna |
![]() |
| Dewan Solat Utama |
![]() |
| Dewan Solat Utama (Dari pandangan atas) |
![]() |
| Bahagian Lobby Masjid |
![]() |
| Mimbar Masjid |
| Bahagian Lobby |
| Anjung sebelah kanan |
![]() |
| Bilik Pusat Sumber |
![]() |
| Pusat Sumber Masjid As-Salam |




















Makkah Time



Tiada ulasan:
Catat Ulasan