Isnin, Mei 25, 2009

Program Taklimat Pegawai & AJK Masjid Sesi 2009 - 2012

Semalam, pada 24/5/2009, bertempat di Masjid Negeri Shah Alam telah berlangsungnya satu program yang amat bermakna kepada kesemua Pegawai & AJK masjid yang baru khususnya untuk Masjid As-Salam dan Masjid-masjid yang lainnya di daerah Petaling, Selangor. Program yang julung-julung kalinya diadakan oleh JAIS yang di namakan Program Taklimat Pegawai & AJK Sesi 2009 - 2012 anjuran JAIS Daerah Petaling.
Program yang telah bermula sekitar jam 9 pagi itu sepatutnya dihadiri oleh pengurusan Masjid yang sedia ada termasuk Nazir, Setiausaha & Bendahari dan juga Nazir yang bakal ditabalkan pada 1 Hb Jun 2009. Namun rata-rata kebanyakan pentadbir yang sediada (lama) gagal unutk menghadirkan diri pada majlis tersebut.




Program dimulakan dengan penyampaian Amanat atau peringatan daripada Ketua Audit Dalaman JAIS Puan Noraini Nordin. Peringatan yang ringkas dan bersahaja sahaja iaitu merujuk kepada Enakmen Oentadbiran Masjid-Masjid di bawah JAIS. Namun penyampaiannya amat tepat dan fokus dengan menekankan tiadalain dan tiada bukan iaitu ketelusan dalam menguruskan hal ehwak masjid. Seakan-akan Puan Noraini bermaksud slemana ini bertapa hal-hal pengurusan kewangan di kebanyakan masjid adalah terlalu dimomokkankan dengan penyelewengan dengan beliau memberi beberapa contoh hal-hal yang pernah berlaku.
Kemuncak daripada program itu ialah satu taklimat yang dianjurkan oleh Badan Dakwah JAIS Daerah Petaling yang telah disampaikan oleh Dato' Abu Bakar yang juga mewakili MAIS (Sultan Selangor). Dalam nada yang seakan sama beliau juga turut mengingatkan bahawa bertapa perlunya pengurusan dan pentadbiran masjid dilakukan dengan penuh rasa bertanggung-jawab kerana kesemua Jawatan Kuasa Kariah adalah sebagai "STAFF" JAIS di peringkat Masjid yang telah dipilih untuk memegang amanah.

Setelah menyampaikan sedikit peringatan dan juga peranan beliau sebagai "Orang Besar Daerah Petaling", orang paling dekat dengan Tuanku Sultan berkaitan dengan hal-hal agama Islam di peringkat daerah Petaling, beliau kemudiannya menyampaikan apa yang dinanti-nantikan oleh sebilangan besar para hadirin, iaitu Majlis Penyampaian Surat Perlantikan Kesemua JAWATANKUASA BARU Masjid-masjid di Bawah JAIS Daerah Petaling yang mana pencalonan telah dibuat pada sekitar Bulan Febuary yang lepas

Kata Ustaz Zainudin, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Petaling, hampeir 70% daripaa senari yang telah dicalaonkan diperingkat Masjid & JAIS Daerah Petling telah diterima di Peringkat MAIS setelelah melalui proses penyaringan diperingkat JAIS negeri.
Maka dengan penyerahan surat perlantikan tersebut yang telah dengan sendirinya ditandatangani oleh Setiausaha MAIS juga selaku Ketua Pengarah JAIS menegsahkan bahawa Jawatan Kuasa Baru Sesi 2009 ~ 2012 akan mula berkuat-kuasa pada tanggal 1hb Jun 2009. Sehubungan dengan itu juga Pengurusan atau pentadbiran sediada (lama) semestinya melakukan penyerahan tugas kepada Jawatankuasa yang baru selewat-lewatnya pada 31hb May 2009. Kecualilah dengan alasan yang kukuh, jawatankuasa yang sedia ada boleh melakukan penyerahan tugas sehingga 14 hari dari tarikh tersebut hanya dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan JAIS.

Kami sebagai dari Jawatankuasa Kariah yang baru amat berharap dan memohon agar Allah swt mempermudahkan segala urusan penyerahan tugas oleh Jawatankuasa yang sediada pada atau sebelum 31 hb Mei 2009 tanpa ada sebarang gangguan.
Kehadiran kami ke program tersebut turut disertai Timbalan nazir baru En. Sapiya b Md Din dan juga bendahari En. Asri B Yaakob. Majis bersurai sekitar jam 1200 tengahari.

Tiada ulasan:

Grab this Widget ~ Blogger Accessories