Selasa, Mei 21, 2013

Biro Kebajikan terus menabur bakti kepada yang memerlukan

Pesakit Kronik lumpuh sebelah badan, Abu Samah bin Abdul Samad, dari Jalan Indah 3 Puchong Indah menerima sumbangan daripada En Harun Nayan, Ketua Biro Kebajikan Masjid As-Salam Puchong Perdana
 

Isnin, Mei 20, 2013

AJK Masjid As-Salam ikuti kursus di ILDAS




Kursus Asas Pembimbing Pengurusan Jenazah telah diadakan pada 18-19 Mei 2013 di Institut Latihan Dan Dakwah Selangor. Kursus selama 2 hari 1 malam ini telah disertai oleh 50 orang peserta. Antara wakil dari Masjid As-Salam yang telah turut serta dalam kursus tersebut adalah  cik Umi Azeanty M.Yaacob (Pembantu Tadbir), Puan Norrahmayati Binti Nawawi(AJK MAPP), Puan  Mastura Binti Othman(Biro Muslimat) dan Tn. Hj. Ahmad Bokhari Bin Ibrahim (Siak 1 MAPP).

Isnin, Mei 13, 2013


Sabtu, Mei 11, 2013

Biro Kebajikan Masjid As-Salam terus hulur bantuan kepada yang memerlukan

Pesakit Kronik: Patah Tulang Peha & Barah Tulang.
Timan bin Syamsudin, alamat No. 20, Jalan Teratai 4C, Puchong Perdana menerima sumbangan daripada En Harun Nayan (Ketua Biro Kebajikan Masjid As-Salam Puchong Perdana)
 

Jumaat, Mei 10, 2013

Biro Kebajikan terus berkhidmat memberi bantuan kepada pesakit kronik

8hb Mei 2013; En Harun Nayan, Ketua Biro Kebajikan Masjid As-Salam melawat En Mohd Nor Bahaudin (Pesakit Kronik) di Wad 4C, katil 16, Hospital Selayang. Mengidap sakit barah tulang belakang. Pesakit ini sudah terlantar di hospital sejak 5 bulan yang lalu. Dalam lawatan ini Biro Kebajikan memberi sumbangan RM800 untuk membiayai bil hospital pesakit ini.
Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Sabtu, April 27, 2013





Jumaat, April 26, 2013


Masjid As-Salam mengalu-alukan kedatangan anda untuk berjamaah di sini

Khamis, April 18, 2013

Majlis Silaturrahim meningkatkan kerjasama antara Masjid As-Salam, IPD Subang Jaya, JAIS, PAID Petaling, LZS dan NGO.

 
Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam menerangkan objektif  perjumpaan kepada semua tetamu.

Rabu, April 17, 2013

Majlis Kesyukuran & Doa selamat Surau As-Solihin




Tahniah buat adik Muhammad Nabil Nabhan Bin Sarul Hisham
Pada tarikh 28hb Mar 2013 (Khamis) bersamaan 16 JamadilAwal 1434H, Ahli Kariah Surau As-Solihin Desa Idaman telah meraikan Majlis Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat Saudara Muhamad Nordin Bin Hussain bersama Saudara Sarul Hisham Bin Hj Samanan yang melangsungkan Majlis Khatam bacaan 30 juzuk Al-Quran anakanda beliau, Adik Muhammad Nabil Nabhan Bin Sarul Hisham yang baru sahaja khatam bacaan 30 juzuk Al-Quran.

Grab this Widget ~ Blogger Accessories